.:DIMENSI KEHIDUPAN:.
Perspektif Satu Malaysia
Satu Malaysia:: Saturday, August 11, 2012

Pengiraan Kalori Manusia

Petikan dari: http://cara-cara-kuruskan-badan.blogspot.com

Jumlah keperluan kalori sehari untuk seseorang berbeza mengikut gaya hidup, pekerjaan, jantina dan umur.

Contohnya jika kita seorang yang sangat aktif kita memerlukan kalori yang banyak untuk mendapatkan tenaga.

Jika kita kurang aktif….faham-faham lah…kita hanya perlukan kalori yang sedikit… Jika kita mengambil kalori dalam kuantiti dengan banyak juga…kalori yang tidak digunakan akan disimpan dalam bentuk lemak.

Hasilnya, kita akan jadi gemuk..

Jadi, berapakah kalori yang diperlukan sehari?

Sebenarnya ada formula untuk mengira berapa banyak kalori yang kita perlukan sehari.

Jom kita buat kira-kira……

Formula:

Untuk lelaki: [(13.75 x b) + (5 x t) - (6.76 x u) + 66] x [Aktiviti]

Untuk wanita: [(9.56 x b) + (1.85 x t) - (4.68 x u) + 655] x [Aktiviti]

Petunjuk:

t = tinggi dalam cm
b = berat badan dalam kg
u = umur

Aktiviti:

1.2 =  senaman yang sikit atau tiada senaman langsung 
1.375 = bersenam 1-3 hari dalam seminggu 
1.55 = bersenam 3-5 hari dalam seminggu 
1.725 = bersenam 6-7 hari seminggu 
1.9 = bersenam secara extreme setiap hari

Contohnya seorang wanita berumur 23 tahun, tinggi pula 155 cm, berat badan 75 kg dan aktivitinya adalah melakukan senaman yang sedikit.

Masukkan maklumat di atas dalam formula.

[(9.56 x 75) + (1.85 x 155) – (4.68 x 23) + 655] x [1.2]

Kita selesaikan kurungan pertama dahulu.

[(717) + (286.75) – (107.64) + 655] x [1.2]

= [1551.11] x [1.2]

= 1861.33

Jadi, anggaran keperluan kalori sehari wanita itu adalah 1861.33 kalori sehari untuk maintainkan berat badan.

Untuk kurangkan berat badan, wanita itu perlu kurangkan kalori lebih kurang 500 kalori sehari.

Bermakna, 1861.33 – 500 = 1361.33

Jadi, 1361.33 kalori sehari wanita itu perlu ambil untuk kuruskan badan.

|

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com