.:DIMENSI KEHIDUPAN:.
Perspektif Satu Malaysia
Satu Malaysia:: Friday, August 21, 2009

Anugerah Merdeka 2009



Ulangtahun kemerdekaan semakin hampir..Satu Malaysia akan meraikannya....satu anugerah yang diangkat sebagai anugerah terulung di Malaysia mengatasi Anugerah Bintang Popular, Anugerah Juara Lagu dan sekapalnya dengannya, ialah Anugerah Merdeka yang diberikan kepada insan yang telah byk menyumbangkan jasa dan ilmu utk Negaraku Malaysia..

Sempena Hari Merdeka 2009, 4 nama pemenang Anugerah Merdeka:

1.Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Datuk Dr. Zaini Ujang bagi Pencapaian Ulung Akademik

Pencapaian Ulung Akademik berikutan sumbangannya dalam pelbagai inisiatif alam sekitar berkaitan bekalan air, kumbahan, pemuliharaan sungai dan ekologi industri.

2.Pensyarah Jabatan Kimia UTM, Profesor Dr. Halimaton Hamdan, 53, turut menerima Anugerah Merdeka kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi.

Ia mengiktiraf kejayaan Halimaton menghasilkan ‘Maerogel’ iaitu sejenis ‘aerogel’ daripada sekam padi sekali gus mengurangkan 80 peratus kos penghasilannya.

3 dan 4. Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti pula dimenangi secara bersama oleh dua tokoh wanita iaitu Tun Fatimah Hashim dan Datuk Lim Phaik Ghan.

Fatimah, 85, merupakan wanita pertama dilantik sebagai Menteri Kabinet dan tokoh pejuang hak wanita.

Mereka semua sepatutnya dan layak dihargai diatas sumbangan kepada negara tetapi abe masih lagi menunggu seorang pejuang yang boleh memerdekakan negara dari rasuah, salahgunakuasa, penyelewangan, sekularisme, rasisme dan chauvistme...beliau akan menjadi penerima Anugerah Merdeka sepanjang hayat...Merdeka Merdeka Merdeka! Siapakah dia?


|

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com