.:DIMENSI KEHIDUPAN:.
Perspektif Satu Malaysia
Satu Malaysia:: Sunday, February 13, 2005

Pengguguran Anak Islam Di Singapura

Ini merupakan janin yang tidak berdosa yang telah digugurkan dan sedang dikafankan oleh pihak yang berwajib mengikut Islam...MASYALLAH!!












Inikah manusia akhir zaman
|

Satu Malaysia:: Wednesday, February 09, 2005

10 Amalan Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan
menghitung kembali tentang amalan harian
kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan
kita adalah terbalik atau bertentangan dari
apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh
Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah
dilalaikan atau
terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.
Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah
sebagai contoh amalan yang terbalik:-



1. Amalan kenduri aruah beberapa malam
yang dilakukan oleh keluarga simati selepas
sesuatu kematian (malam pertama, kedua,
ketiga, ketujuh
dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang
dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah
telah menganjurkan jiran tetangga memasak
makanan untuk keluarga simati untuk
meringankan kesusahan dan kesedihan
mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan,
terpaksa pula menyedia makanan dan belanja
untuk mereka yang datang membaca tahlil.
Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri
tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan
harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati
atau harta peninggalan simati yang belum
dibahagikan kepada yang berhak menurut
Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus
(kenduri kahwin) orang kerap salam berisi
(hadiah wang yang diberi semasa bersalam).
Kalau tak ada
duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia
nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia
menziarah orang mati, tidak segan pula salam
tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga si
matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke
kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana
tuan rumah
panggil untuk diberi makan bukan untuk ia
menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara
kita berpakaian cantik,kemas dan segak tetapi
bila mengadap Allah baik di rumah maupun di
masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada
yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu
perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan
di beri jamuan, kita rasa segan nak makan
sampai habis apa yang dihidangkan kerana
rasa segan dan
malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan
makan dan dihabiskan apa yang dihidang
supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak
membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin,
tapi kalau di rumah,sangat malas. Sedangkan
sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan
dirumah seperti yang dianjurkan oleh
Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu
termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi
kebanyakan orang mengaku bahawa dalam
carta
perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan
kita dapati perbelanjaan di bulan puasa
adalah yang tertinggi dalam setahun.
Sedangkan sepatutnya
perbelanjaan di bulan puasa yang terendah.
Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan
orang akan membuat kenduri sebelum
bertolak ke Mekah dan apabila balik dari
Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran
berkenduri dalam Islam antaranya ialah
kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat
kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka
dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik?
Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau
anak mereka gagal dalam periksa. Maka
dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun
banyak belanjanya.
Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau
solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu
hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas
mempelajari Islam.
Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan
RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi
kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00
sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar
tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita
sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak
dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak
lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira
siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja.
Hujan atau ribut tetap diharungi kerana
hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke
rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak
ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh
tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta
tapi nak ke rumahNya segan dan
malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah
samada dengan suami atau tidak, bukan main
lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah,
masyaAllah. Sedangkan yang dituntut
seorang isteri itu berhias untuk suaminya,
bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan
amalan yang terbalik ini membuatkan
rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah
kita berlapang dada menerima hakikat
sebenarnya. Marilah kita beralih kepada
kebenaraan agar hidup
kita menurut landasan dan ajaran Islam yang
sebenar bukan yang digubah mengikut selera
kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah
Allah yang
menentukan peraturan hidup kita."


|

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com