|
Perspektif Satu Malaysia |
Satu Malaysia::
Saturday, August 11, 2012
Pengiraan Kalori Manusia
Petikan dari: http://cara-cara-kuruskan-badan.blogspot.com
Satu Malaysia::
Thursday, September 17, 2009
Penggunaan Kad Kredit Secara Bijaksana
Dipetik dari: www.rahsiaebiz.com Saya sekarang hanya ada 1 jenis credit card (cc) dan 1 jenis debit card (dc) sebagai kegunaan untuk online payment mahupun lain-lain keperluan yang relevan. Tak perlu ada banyak cc ini kerana untuk menguruskan secara sistematik kita perlu memilih yang paling praktikal digunakan. Misalnya saya ambil cc Maybank Islamic Ikhwan yang mmg syariah compliant serta memudahkan urusan jual beli secara kredit. Manakala dc saya gunakan Public Bank Debit Card untuk urusan jual beli di Internet. 2 jenis card ini sudah memudahkan urusan (Internet Marketer) IM saya selama ini, kalo guna cc saya selalu praktikkan tips Suze Orman dan pelbagai petua menggunakan credit card dgn bijaksana :
Bagi yang dah berjaya mengetahui rahsia card credit ini sudah tentu dapat points banyak yang boleh redeem pelbagai hadiah. Ini satu kelebihan cc, manakala bagi debit card pula ia memudahkan kita merancang perbelanjaan berhemat, belanja apa yang kita ada tanpa terlebih belanja. Anda boleh guna kedua-duanya asalkan bertanggungjawab dan cermat. Duit anda adalah amanah yang dikurniakan Allah, gunakannya sebaik-baiknya di jalan yang betul. Elakkan pembaziran dan jadilah orang yang sentiasa bersyukur.. :) |
Satu Malaysia::
Saturday, August 22, 2009
Ramadhan Kembali
Ramadhan Bulan Penuh Barakah..Satu Malaysia memulakan ibadat puasa hari ini...Semoga dibulan berkat ini, segala pergolakan dan musibah Allah kita hayati. Ancaman terbesar kita hari ini ialah H1N1...ayuh kita berdoa di bulan Ramadhan penghulu segala bulan agar ALLAH menyelamatkan kita dari wabak ini... |
Satu Malaysia::
Friday, August 21, 2009
Anugerah Merdeka 2009
Ulangtahun kemerdekaan semakin hampir..Satu Malaysia akan meraikannya....satu anugerah yang diangkat sebagai anugerah terulung di Malaysia mengatasi Anugerah Bintang Popular, Anugerah Juara Lagu dan sekapalnya dengannya, ialah Anugerah Merdeka yang diberikan kepada insan yang telah byk menyumbangkan jasa dan ilmu utk Negaraku Malaysia.. Sempena Hari Merdeka 2009, 4 nama pemenang Anugerah Merdeka: 1.Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Datuk Dr. Zaini Ujang bagi Pencapaian Ulung Akademik Pencapaian Ulung Akademik berikutan sumbangannya dalam pelbagai inisiatif alam sekitar berkaitan bekalan air, kumbahan, pemuliharaan sungai dan ekologi industri. 2.Pensyarah Jabatan Kimia UTM, Profesor Dr. Halimaton Hamdan, 53, turut menerima Anugerah Merdeka kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi. Ia mengiktiraf kejayaan Halimaton menghasilkan ‘Maerogel’ iaitu sejenis ‘aerogel’ daripada sekam padi sekali gus mengurangkan 80 peratus kos penghasilannya. 3 dan 4. Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti pula dimenangi secara bersama oleh dua tokoh wanita iaitu Tun Fatimah Hashim dan Datuk Lim Phaik Ghan. Fatimah, 85, merupakan wanita pertama dilantik sebagai Menteri Kabinet dan tokoh pejuang hak wanita. Mereka semua sepatutnya dan layak dihargai diatas sumbangan kepada negara tetapi abe masih lagi menunggu seorang pejuang yang boleh memerdekakan negara dari rasuah, salahgunakuasa, penyelewangan, sekularisme, rasisme dan chauvistme...beliau akan menjadi penerima Anugerah Merdeka sepanjang hayat...Merdeka Merdeka Merdeka! Siapakah dia? |
Satu Malaysia::
Thursday, August 20, 2009
BN: Masih Belum Belajar...
Malaysia sekali lagi berhadapan dengan pilihanraya...sekarang ini rakyat malaysia di momokkan dgn pelbagai agenda politik sempena pilihanraya kecik Permatang Pasir..
Satu Malaysia::
Monday, August 17, 2009
Lagu: Satu Malaysia
Berdiri teguh di bumi Nyata pupuk semangat satu Malaysia Sepakat rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan Perpaduan mendapat rahmat Toleransi kaum amalan bersama Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia Dalam capai satu tujuan Tanggungjawab kita semua Jadi teras bangsa mulia Kita bina Satu Malaysia Korus: Satu Malaysia jadi pegangan Rukun negara teras panduan Satu Malaysia benteng negara Rakyat Malaysia taat setia Ulang Korus (4x) Satu Malaysia untuk semua Sebuah lagu yang mempunyai senikata dan muzik yang bersemangat...sebuah lagu patriotik yang baik...mungkin kena alih bahasa tamil, mandarin, arab, siam, org asli, dayak, kadazan dll...namapun satu malaysia.... |
Satu Malaysia::
Saturday, August 15, 2009
Konsep Satu Malaysia
Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”. Ini adalah petikan dan definisi konsep satu Malaysia yang telah digagaskan oleh PM Malaysia DS Najib. Secara teori nya...bila kita merujuk konsep satu Malaysia, mmg menarik dan hebat..tetapi persoalannya adakah gagasan akan hanya menjadi retorik politik seperti nasib yang menimpa "Islam Hadhari" yang telah tamat riwayatnya selepas pilihan raya yang lepas.... Konsep Satu Malaysia masih menjadi tanda tanya adakah ianya sebagai pelengkapan RukunNegara dan Perlembagaan Malaysia yng menjamin hak dan perpaduan setiap kaum di Malaysia...apakah rakyat boleh memahami dan menghayati konsep ini... Adakah jaminan satu Malaysia akan menjaga hak bumiputra dan org melayu? Adakah satu Malaysia tidak meminggirkan majoriti bumiputra yang masih dalam kemiskinan? atau sekadar meraih populariti utk pilihanraya akan datang? |
Satu Malaysia::
2 tahun berlalu....
2 tahun berlalu..blog ini sepi tanpa coretan.....tanpa tinta dan informasi..untuk dikongsi dalam pelbagai dimensi kehidupan...blog yang sepatutnya berkongsi pelbagai ceritera kehidupan manusia...aku akan cuba kuatkan semangat..menghidupkannya!
|
My name is KAWE My favorite things to do are: SURFING INTERNET I am Malaysian. I am 27 years old
Dimensi Lepas
Archives
HOME
KAWE Links
KAWE Bloggers
KAWE Info
KAWE Visitors
Guestbook ABE hits.
Credits
KAWE.com.my powered by blogger |