.:DIMENSI KEHIDUPAN:.
Perspektif Satu Malaysia
Satu Malaysia:: Monday, May 31, 2004

Kroni: Amerika dan Zionis Sial

Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika



Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD
80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby?, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US
1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.


One Nice thing To Do !

Web ini menarik? Share with ur friend.



--------------------------------------------------------------------------------

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun
1998.

Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L'Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

--------------------------------------------------------------------------------

Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action
500, Bonux, Mr Clean

DAN BANYAK LAGI......

|

Satu Malaysia::

20 JANGAN

Abe kata jangan..jangan la...FAHAM!!!


JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

JANGAN bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.


|

Satu Malaysia:: Sunday, May 30, 2004

Kira Berat Bodi..hahaha

Indeks Jisim Tubuh :

Berat tubuh badan bahagi(/) Ketinggian kali(x)
Ketinggian




Contoh :

Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m
Mula-mula kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336
Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan
BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6

Sekiranya BMI anda :

* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan

* 20 hingga 24.9,anda terdiri dari berat badan yang normal

* 25 hingga 29.9,berat badan anda mulai berlebihan

* 30 dan keatas,anda adalah obesiti (berat badan berlebihan)

KALAU RASA DIRI ANDA GEMUK..CEPAT TURUNKAN BERAT BADAN..BADAN GEMUK BANYAK PENYAKIT DATANG!!
|

Satu Malaysia::

Racun Kanak-kanak

TAK PATUT..pengeluar buku telah mengeksploitasi keinginan kanak-kanak untuk membaca dengan mengeluarkan cerita-cerita seram dan tahyul seperti ini..pengeluar buku hanya memikirkan keuntungan tanpa menilai kesan jangka panjang kepada si anak kecil yang membaca..si anak kecil secara psikologinya akan dihantui rasa seram dan menjadi penakut..sedangkan generasi wawasan memerlukan anak-anak yang berani berdikari... menyemai amalan tahyul seperti ini juga boleh merencatkan lagi pengembangan minda anak-anak kecil..APA KEJADAHNYA INI?







Dewan Bahasa Dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran perlu bertindak...jangan makan gaji buto lakk!!!!
|

Satu Malaysia:: Saturday, May 29, 2004

kuku keji

uwekkk..kotornya..ini jenis manusia yang tak reti jaga kebersihan diri..kotor panjang cam nih boleh datangkan banyak penyakit..tapi heran abe kat kaum hawa skang..napa la bangga sangat ngan kuku panjang..sesetengah tuh macam pontianak harum sundal malam...kwang kwang kwang

|

Satu Malaysia::

Sisik

Setiap manusia mengimpikan kulit baik dan wajah yang jelita dan kacak..tapi melihat insan ini..kita seharusnya bersyukur apa yang ada..sedihnya abe tgk budak nih...

|

Satu Malaysia::

Kafan Putih

Sekujur badan berselimut putih,
megah bersemadi sendiri.......
Lirik Rabbbni: Pergi Tak Kembali..

Apa perasaan anda bila melihat sekujur mayat yang telah dikafani .. yang bersedia untuk bersemadi di tanah perkuburan..mati tidak pernah mengenal waktu dan usia..dia akan datang bila takdir telah ditetapkan..abe masih belum bersedia untuk menghadapi ajal..amalan abe masih kurang...di dunia ini,ada bermacam-macam cara dan keadaan seseorang meninggal dunia..ada yang kemalangan, ada yang mati di kala tidur, ada yang sakit sebelum mati dan pelbagai lagi cara kematian. Adakalanya kematian akan mendedahkan aib dan rupa sebenar si mati. Seperti yang abe baca kat majalah-majalah di pasaran. Nauzubillah!!

|

Satu Malaysia:: Friday, May 28, 2004

Al Quran 2000 Tahun

AL Quran merupakan mukjizat yang akan kekal hingga hari kiamat..Isinya tidak akan berubah dan dilindungi Allah..Al Quran dalam gambar berusia 2000 tahun tetapi org masih menghargainya..adakah kita cukup menghargai dan memartabatkan Al Quran dan isi kandungannya dalam kehidupan sehari-hari: Tepuk dada tanya iman...


|

Satu Malaysia::

Kaabah Bercahaya

Kaabah merupakan Kiblat umat Islam dan tempat paling suci untuk semua penganut Islam. Pihak NASA iaitu agensi angkasa Amerika Syarikat telah meneropong ke tempat suci umat Islam ini dengan menggunakan satelit..apa yang menakjubkan ialah apabila semua kawasan lain diselubungi kegelapan waktu malam..Masjidil Haram dan Kaaabah seolah-olah bagaikan cahaya permata yang bersinar-sinar apabila dipandang dari angkasa. Islam itu agama terulung, abe bersyukur menjadi umat Islam!!


|

Satu Malaysia::

Padan muka AS

Amerika Syarikat yang dianggap gergasi dunia merupakan kuasa besar uniliteral di dunia moden hari ini. AS memiliki keunggulan dan kehebatan dalam teknologi, kekuatan dalam ekonomi dan juga kelengkapan terbaik dalam bidang ketenteraan di muka bumi..Namun, hari ini, kita melihat betapa bodoh dan pengecutnya AS, kecanggihan senjata yang dimiliki tidak dapat meluntur semangat dan jihad umat Islam. Iraq telah menjadi saksi, AS mendapat penghinaan ditahap yang paling memualkan. Bermula dengan pengisytiharan perang yang tidak direstui dunia, penggunaan senjata yang berteknologi tinggi yang tidak mampu ditangkis oleh senjata Saddam, penyeksaan tahanan di penjara Abu Gharib yang menjelikkan dunia (uwek,uwek,uwek), pembunuhan masayarakat Islam yang tidak berdosa secara membuta tuli, penghinaan kepada Agama Allah iaitu Islam melalui pengebomanan kawasan suci dan pelbagai lagi yang cukup membuat kita marah dan hilang kesabaran. Ini adalah trauma 11 September yang berpunca dari AS sendiri yang menindas umat Islam dan masayarakat dunia. Hari ini AS masih lagi fobia..merasa terancam setiap masa...hidup AS takkan aman selama2nya....kecanggihan teknologi takkan kemana..benbanding kekuatan jiwa manusia...hahahhaha...PADAN MUKA!!


|

Satu Malaysia:: Thursday, May 27, 2004

Mana Peri Kemanusiaan?

Dunia semakin gila dan tidak lagi mengenal erti peri kemanusiaan. Oleh kerana tumpulnya peri kemanusiaan maka berlakulah pelbagai gejala yang cukup jelik dan memualkan. Kes penderaan pembantu rumah menunjukkan kepada segenap umat manusia bahawa seorang insan yang mempunyai niat yang suci menggali rezeki di bumi Malaysia yang bertuah ini terpaksa berhadapan dengan penderaan tanpa peri kemanusiaan. Nirmala Bonat merupakan antara insan malang yang telah di ekploitasi dan didera dengan tahap kebinatangan tertinggi. Kita sebagai manusia perlu kembali merenung diri, rezeki yang dikurniakan bukanlah menjadi jurang yang membezakan darjat seseorang itu, siapa yang lebih bermaruah? walaupun di dera, nirmala lebih mulia dari si tuannya yang banyak harta tetapi hatinya buta..manusia sekeji ini perlu di hapuskan dari muka dunia...

Gambar:Kita yang melihat kekejaman ini meruntun rasa belas kasihan dan amarah membara. Inikan pula ibu yang telah melahirkan anak dan melihat anaknya didera sedemikian rupa!






|

Satu Malaysia::

Matahari

Siapa sangka siapa menduga..matahari penerang alam buana, menjadi nadi kehidupan manusia..Allah Maha Berkuasa..matahari menjadi saksi..sebuah keagungan hakiki..masyAllah..terpegun abe!!


|

Satu Malaysia::

Bayi dan Panorama

Adakah semua ini berlaku secara kebetulan..abe terfikir? mungkin setiap liuk pepohon dan riak air membawa lukisan dan seni tersendiri....semua itu takdir Allah..bayi ibarat kain putih..kita lah yang mencoraknya, Begitu juga dengan alam..Tuhan telah menjadikan alam hamparan yang cukup indah dan suci. Tangan manusialah juga penentu segalanya..




|

Satu Malaysia::

betul ker?

bila abe tengok pic nih..abe konpius..betul ker nie?..macam filem scary movie laks...abe rasa super impose..tapi tak mustahil benda cam gini boleh berlaku..sebagai manusia, mungkin ini tanda-tanda kekuasaan Allah SWT..fikirkanlah!

|

Satu Malaysia::

Bernazar minum air kencing (uwekkk)

Sepasang suami isteri berhajat mendapatkan cahaya mata namun tak kunjung tiba selama bertahun-tahun lamanya. Si isteri pun memasang nazar, "Jika aku mengandung, aku akan minum air kencing anjing hitam."




Tanpa diduga, permintaannya itu dikabulkan Allah SWT.
Pasangan ini terlalu gembira dan bersyukur kepada Allah.


>Si isteri teringat akan nazar atau perjanjiannya dengan Tuhan. Setelah menceritakan kepada suaminya, si suami pergi mencari anjing yang dimaksudkan.

>Puas dicari dari kampung ke kampung, namum tidak juga ditemui. Jika bertanya kepada orang-orang kampung, suami ini dituduh gila.

Dengan izin Allah SWT, berjumpalah suami ini dengan seekor anjing hitam yang sedang kencing. Air kencing itu ditadah dan dibawanya pulang dengan hati gembira.

Namun si isteri tidak sanggup meneguk apabila melihat rupa dan bau kencing yang sangat menjijikkan itu. Di wajah masing-masing terpancar kerisauan kerana tidak mampu menunaikan nazar tersebut.

Mereka pun pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW dan menceritakan segalanya.


Rasulullah pun menasihatkan mereka supaya pergi ke sebuah rumah yang didiami oleh keluarga yang tidak menunaikan solat terletak di hujung kampung itu.



Baginda berkata :

"Apabila hujan turun di atas bumbung rumah itu, kamu tadahkan airnya dan minum. Air hujan itu menyamai air kencing anjing hitam itu."

Alangkah dahsyatnya sebuah rumah yang penghuninya tidak mengerjakan solat.
|

Satu Malaysia::

Kejam...(MESTI BACA)

Tiga Orang sedang bertanding untuk melihat siapa yang paling kejam.

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu, dan akhirnya peremuan itu pengsan.

Dia perpusing menghadap dua lelaki dan berkata,

"Akulah orang yang paling kejam",

Lelaki kedua bangun dan merogol perempuan itu dan terus memukul perempuan itu sehingga perempuan itu mati. Dan dia berkata

"Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku".

Lelaki ketiga pula bangun dan senyum dan menjawab

"Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku"

Perempuan itu adalah Iraq.
Lelaki pertama ialah Saddam.
Lelaki kedua adalah Negara Barat.
Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.

Tahniah kepada Umat Islam.

Anda tergolong dalam kategori yang mana?
|

Satu Malaysia::

amboi, dia tido..seksinya

comelnya dia tido..mesti nak dapatkan rehat yang cukup..siap menelentang dan mengangkang..kalau abe tido gini, maknanya penat tahap dewa la..hahahah..abe suka kucing..miowwww

|

Satu Malaysia::

anak jihad

kanak-kanak ini mungkin belum mengerti erti jihad yang hakiki..namun mereka merupakan penyambung genarasi Islam yang tulin dan bermaruah tinggi..anak-anak ini telah di didik dengan kalimah Islam sejak kecil lagu...mungkin anak itu lebih mulia dari abe yang jahil...

|

Satu Malaysia::

Hantu Api

hahahaha..nih bukan filem x-files..nih ialah gambar benar..bukan superimpose beb..heheheh.jembalang tuh makan orang tak?..abe kena hati-hati nih bila bermain ngan api..

|

Satu Malaysia::

Ayam Kaki Tiga..

Ayam nih kaki dia ada tiga..pelik kan! cam ner tuh? cam mana dia nak jalan erkkk...pelik-pelik

|

Satu Malaysia::

kucing gemuk...obesiti..

amboi...besarnya kucing tuh..nih kucing ker raksasa..dah la mata cam godzila..jangan cemas dan jangan tukar channel lain...abe pun tak tau apa yang diberi oleh tuannya utk kucing nih..abe rasa kucing nih kena guna Kayla Beverly Hill kalau nak ramping balik..wakakakaka...kucing nih makan org kott!!

|

Satu Malaysia::

Kucing Mata Biru Kuning

abe terfikir gak..adakah kucing tuh pakai kontek lanes?..hehehh..mana mungkin kan? believe it or not..lantak korang la..yang penting, inilah keajaiban alam...

|

Satu Malaysia::

petua jerawat

abe ada petua jerawat..pasal Masalah jerawat ke cik siti?.

Jangan kau bersusah hati.

Amalkan petua ini

Insya Allah kan senang hati.



Hari-hari bancuh Teh

Ada uncangnya jangan buang

itu hampas kasi keluar deh,

sapukan ke muka penuhi liang-liang



Hari-hari buat kena sabar

jerawat hilang muka pun segar
abe pun ada masalah jerwat..try la..InsyAllah berkesan:
|

Satu Malaysia::

Petua Menarik

dah lama abe dok updatekan laman weblog nih..usia dia masih baru dan abe harap dia dapat menjadi blog yang menarik untuk tontonan umum..abe akan lengkapkan weblog nih dengan sesuatu yang menarik yang berlaku disekeliling kita..wokey..inilah petuanya:

SUPAYA MEMUDAHKAN TIDUR/MEMPERCEPATKAN/LENA

Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan susu lembu asli atau
Makanlah bawang besar berserta yogurt putih,ianya mempercepatkan lena.

MENURUNKAN DARAH TINGGI
Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau
Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati atau
Makanlah biji buah Peria atau
Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau
Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak atau
Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya atau
Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang atau
Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya,bolehlah direbus atau
Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

DEMAM BIASA
Makanlah isi Labu Air berserta cuka sebelum tidur malam atau
Makanlah bawang besar serta keju yang lama di ikuti memakan pula air limau nipis beserta kulitnya atau
Minumlah air rebusan bunga melor.

SAKIT KEPALA
Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi atau
Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit atau
Rebus daun Kangkung sampai mendidih,kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari atau
Makanlah daun pokok Peria atau
Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk. .
|

Satu Malaysia:: Sunday, May 02, 2004

Rahsia Tarikh Lahir

Marilah sama-sama kita mencubanya !


Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan
apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita
pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.

Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan
nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor
tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita
untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar
mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

------------------------------------------------------------

1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh
mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan
kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan
pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari:
Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.
Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona
Judd Nancy, Reagan, Requel Welach
-----------------------------------------------------------

2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan
perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak
hati. Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat
mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;
tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin
itu tidak serasi.

Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar ntuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan
perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:
President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,Thomas Edison,
Wolfgang Amadeus Mozart.

-----------------------------

3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa
berunding.Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat
menghabiskannya.Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan
apa sahaja untuk mencapainya.

Mereka sangat popular dan idealistik.Golongan ini perlu belajar untuk
melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3:
Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali,
Jody Foster

---------------------------------------

4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang
apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja
secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan
merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar,
tekun dan adakala dianggap degil.

Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih
baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4:
Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina
Turner, Paul Hogan

----------------------------------------
5. Perintis

Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin
tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat
(enthusiasm).

Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka
disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap
peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi
yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak
pernah terhenti.

Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti
dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu
kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:
Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van
Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

--------------------------------------

6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan
sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat
adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi
keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan
menjaga seseorang.

Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa
yang menjalin persahabatan secara serius.

Golongan ini harus belajar apakah yang boleh
diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:
Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep,
Christopher Columbus, Goldie Hawn

--------------------------------------

7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari.
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar
untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.

Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka
tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.

Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat
berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara
yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik
dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia.

Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka
perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:
William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez,
Princess Diana

-------------------------------------

8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik
dan sangat tegas.

Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup
dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka
mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.

Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri
bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk
membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut
keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8:
Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Mohd Anuar Jaafar
Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

-------------------------------

9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.Dengan daya tarikan yang ada,
mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan
dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada
sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.

Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan
orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.

Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan
menyesuaikan diri mengikut persekitaran.

Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh
menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan
(mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan
kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:
Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria
Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley

|

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com