.:DIMENSI KEHIDUPAN:.
Perspektif Satu Malaysia
Satu Malaysia:: Saturday, August 15, 2009

Konsep Satu Malaysia


Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

Ini adalah petikan dan definisi konsep satu Malaysia yang telah digagaskan oleh PM Malaysia DS Najib. Secara teori nya...bila kita merujuk konsep satu Malaysia, mmg menarik dan hebat..tetapi persoalannya adakah gagasan akan hanya menjadi retorik politik seperti nasib yang menimpa "Islam Hadhari" yang telah tamat riwayatnya selepas pilihan raya yang lepas....

Konsep Satu Malaysia masih menjadi tanda tanya adakah ianya sebagai pelengkapan RukunNegara dan Perlembagaan Malaysia yng menjamin hak dan perpaduan setiap kaum di Malaysia...apakah rakyat boleh memahami dan menghayati konsep ini...

Adakah jaminan satu Malaysia akan menjaga hak bumiputra dan org melayu?

Adakah satu Malaysia tidak meminggirkan majoriti bumiputra yang masih dalam kemiskinan?

atau sekadar meraih populariti utk pilihanraya akan datang?



|

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com