.:DIMENSI KEHIDUPAN:.
Perspektif Satu Malaysia
Satu Malaysia:: Thursday, September 17, 2009

Penggunaan Kad Kredit Secara Bijaksana

Dipetik dari: www.rahsiaebiz.com

Setelah saya menonton tips Suze Orman financial expert yang selalu keluar dalam Oprah Winfrey Show berkenaan kad kredit saya rasa amat penting untuk dikongsikan bersama di rahsiaebiz.com ini. Ada sebahagian subscriber dan pengunjung web saya ini juga mengalami masalah hutang kad kredit yg serius, dan saya tertarik dgn banyak tips yang dijelaskan oleh Suze Orman bahawa kad kredit ini adalah satu senjata bank untuk mengaut untung dari pelbagai golongan umur tidak kira tua atau muda. Sebab saya sendiri pun sering mendapat call dari pelbagai jenis bank untuk menawarkan kemudahan kad kredit dan siap offer pelbagai hadiah menarik. Namun alasan saya mudah saja, sila call semula saya tengah meeting sekarang, kendian bila dorang call semula no yang sama atau curiga saya hanya cancel saja.. hehe :)


Saya sekarang hanya ada 1 jenis credit card (cc) dan 1 jenis debit card (dc) sebagai kegunaan untuk online payment mahupun lain-lain keperluan yang relevan. Tak perlu ada banyak cc ini kerana untuk menguruskan secara sistematik kita perlu memilih yang paling praktikal digunakan. Misalnya saya ambil cc Maybank Islamic Ikhwan yang mmg syariah compliant serta memudahkan urusan jual beli secara kredit. Manakala dc saya gunakan Public Bank Debit Card untuk urusan jual beli di Internet. 2 jenis card ini sudah memudahkan urusan (Internet Marketer) IM saya selama ini, kalo guna cc saya selalu praktikkan tips Suze Orman dan pelbagai petua menggunakan credit card dgn bijaksana :

  1. Guna cc dan bayar penuh dalam masa 2 minggu. Misalnya kita swipe RM5000 dan dalam masa 14 hari kita boleh bayar penuh dan tidak dikenakan interest. Saya amalkan ini semasa swipe RM4700 untuk bisnes IRC dan pulangan semula dalam masa 2 minggu bole settle. Manfaatnya kita dapat run business sambil dpt untung dan tidak dikenakan interest berbanding buat personal loan yang banyak interest.
  2. Jangan bayar minimum setiap bulan bagi penggunaan kad kredit anda. Suze Orman menjelaskan kalo bayar minimum setiap bulan bagi penggunaan kad kredit $1000usd maka ia akan mengambil masa 16 tahun untuk langsai hutang tersebut. So jangan sesekali amalkan pembayaran minimum, elakkan diri anda dipermainkan oleh pihak creditors. Elok bayar lebih dan langsaikannya secepat yg mungkin.
  3. Jangan guna cc sekiranya x mampu menanggung kos pembelian anda berbanding pendapatan. Inilah penyakit orang kita sekarang anggap cc ini mcm duit percuma dan boleh sesuka hati berbelanja. Padahal cc ini merupakan satu jerat bank jika kita tidak bijak menggunakannya. Saya guna cc bila ada 'surplus' dan bertujuan relevan dengan pendapatan yang dapat setiap bulan. Jangan beli sesuatu yang tak dapat pulangan ataupun yang tiada 'added value' bagi pendapatan anda. Tambah lagi jgn guna credit card kalo setiap bulan anda sentiasa defisit. Sebaliknya cari alternatif untuk tambah pendapatan supaya ia boleh jadi surplus.
  4. Bayar card credit secara cepat & mudah di online banking. Misalnya saya guna cc Maybank Islamic Ikhwan boleh lihat statement online dan bayar dengan Maybank2u sahaja. Ini menjimatkan masa dari pergi ke ATM atau bank in malah anda boleh monitor pembayaran secara real-time tanpa menunggu statement yang dicetak dan dipos ke rumah.
  5. Rancang kewangan anda setiap masa dengan sistematik. Bagi orang yang sentiasa terlibat dalam bisnes sudah tentu perlu menyemak 'cash-flow' setiap masa supaya boleh forecast keadaan kewangan untuk merancang bisnes lebih baik. Saya selalu buat financial management dalam MS Excel dan MoneyDance. Oleh dengan itu kita boleh buat keputusan bijak jika perlu berbelanja dengan cc atau dengan cash. Guna cc dengan penuh bertanggungjawab, bukan ikut nafsu sebaliknya mengetahui risiko dan potensi yang boleh diraih dengan penggunaan yang betul.

Bagi yang dah berjaya mengetahui rahsia card credit ini sudah tentu dapat points banyak yang boleh redeem pelbagai hadiah. Ini satu kelebihan cc, manakala bagi debit card pula ia memudahkan kita merancang perbelanjaan berhemat, belanja apa yang kita ada tanpa terlebih belanja. Anda boleh guna kedua-duanya asalkan bertanggungjawab dan cermat. Duit anda adalah amanah yang dikurniakan Allah, gunakannya sebaik-baiknya di jalan yang betul. Elakkan pembaziran dan jadilah orang yang sentiasa bersyukur.. :)


|

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com