.:DIMENSI KEHIDUPAN:.
Perspektif Satu Malaysia
Satu Malaysia:: Wednesday, June 30, 2004

Jari Besar..



Besar nya jari dia..cam nak makan..nak korek idong..taip komputer..ahaks

Abe selesa dan syukur dgn diri abe..
|

Satu Malaysia::

Kambing 5 Tanduk


Kambing ganjil yang berasal dari daerah Cilegon, Jawa Barat ini, disamping memiliki lima tanduk, ia juga agak aneh kerana memahami bahasa manusia. Kambing ini juga memilih makanan, dia hanya mahu makan rumput yang bersih dan meminum air yang bersih sahaja..Kalau sudah kambing pandai memilih makanan yang baik dan bersih kenapa pula manusia yang gemar memakan dan minum benda yang di haramkan."Allah Hu Akhbar."

Abe teringin nak tgk manusia bertanduk..macam Hellboy..hihihi
|

Satu Malaysia:: Tuesday, June 22, 2004

Transit Zuhrah

Inilah dia kejadian alam yang mendapat perhatian masyarakat dunia..pikirkanlah!!!



Terdapat dua planet dalaman yang terletak di antara bumi dengan matahari, iaitu Utarid (Mercury) dan Zuhrah (Venus). Dalam pergerakan orbit planet-planet dalaman berpusatkan matahari akan berlaku satu keadaan penjajaran antara matahari, planet dan bumi. Disebabkan orbit planet condong pada satu nilai tertentu, kedudukan satah matahari bumi dan matahari planet ketika penjajaran ini tidak sentiasa sama. Planet boleh berada ke utara atau ke selatan matahari. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu penjajaran ini berlaku secara sempurna, di mana matahari-planet-bumi berada segarisan dan sesatah. Fenomena ini dinamakan lintasan atau transit. Dengan tempoh mengorbit matahari mengambil masa 0.6 tahun (225 hari bumi), Zuhrah akan berada pada kedudukan penjajaran dengan matahari bagi ulangan tempoh masa tersebut. Kekerapan berlakunya fenomena transit planet Zuhrah pula berlaku sekali dalam tempoh terpendek 7 tahun atau terpaksa menunggu sehingga 100 tahun. Pada 8 Jun 2004 telah berlaku fenomena lintasan planet Zuhrah dengan matahari. Suatu yang ditunggu sejak fenomena terakhir berlaku pada tahun 1882. Dengan saiz Zuhrah 1/32 berbanding matahari, cakera Zuhrah hanya menutup 3% daripada permukaan matahari. Jika tersilap amati, planet ini seakan-akan titik sunspot matahari. Apa yang berbeza, ketika berlakunya lintasan ini, Zuhrah kelihatan sebgaai cakera yang merayap di permukaan matahari. Bagi ahli-ahli astronomi, fenomena lintasan Zuhrah merupakan acara besar cakerawala abad ini. Selain daripada menyemak ketepatan efemeris matahari dan planet, kajian terhadap atmosfera Zuhrah juga boleh dilakukan. Persoalan sama ada planet Zuhrah mempunyai atmosfera atau tidak, boleh terjawab. Mitos lama mengatakan planet Zuhrah tidak mengandungi atmosfera, tetapi kajian oleh Mikail Vasilyevich (1761) mengatakan sebaliknya. Analisis imej satelit juga menunjukkan Zuhrah mempunyai atmosfera. Pengesahan dijangka dapat dibuat dengan mengkaji imej bayang sebelum sentuhan pertama dan selepas sentuhan keempat. Manisnya, pengesahan ini boleh dilakukan oleh semua pemerhati yang melihat fenomena ini sebelum sentuhan pertama dan selepas sentuhan keempat.
|

Satu Malaysia::

Warna-warna cinta..ahaks

CEPAT PIKIR-PIKIR..PILIH-PILIH..

Warna-warna Cinta
Warna kagemaran anda boleh melambangkan ciri-ciri personaliti anda. Warna juga memberi pengaruh kepada cinta anda.


MERAH- Sudah jelas anda jenis yang mudah terbakar, sangat ghairah dan ingin memburu sesuatu yang baru. Hidup dipenuhi perasaan samara dan anda memang berusaha memiliki sebanyaknya pemgalaman cinta. Ada baiknya anda kawal sedikit perasaan dan keinginan semacam itu agar terhindar kekecewaan yang teramat sangat di kemudian hari

OREN-Dilahirkan sebagai seorang yang romantis. Begitu mudah mengerti apa yang terjadi bila dua insane bertemu dan saling jatuh cinta. Anda sanggup buat apa sahaja bila sudah mabuk cinta! Cari jalan agar sifat semula jadi itu tidak mempengaruhi anda agar anda ti dak kecewa apabila mengetahui siapa sebenarnya di hati si dia.

PINK- Biasanya mencari pasangan yang boleh memberikan anda sesuatui. Kalau tak ada harta pun sekurang-kurangnya memiliki penampilan atau karektor yang sedap mata memandang. Empat cirri penting yang diinigini ialah keperibadiaan , kekuasaan, karisma dan prestasi. Sayangnya mereka yang memilki cirri itu mungkin bemum serasi dengan anda. Jadi, lebih baik kaji dulu taste anda sebekum menjalinkan hubungan.

KUNING-Anda menyukai cinta yang lembut dan sebab itu nanda sering memperlecehkan ‘cinta liar’. Bagi anda kelembutan, saling percaya, pemgertian lebih penting berbanding gelojak cinta. Dan biasanya anda paling pandai memilih pasangan yang tepat. Adakalanya sesuatu yang mencabar adalah lebih menyeronokkan dan mengghairahkan.

HIJAU-Bila anda mulai punya perasaan cinta, anda ingin menjadi seseorang yang boleh mengawal keadaan. Anda selalu bertanya soal cinta, supaya yakin yang anda tidak akan salah pilih. Tapi jangan biarkan displin diri itu membuat anda menyembunyikan perasaan yang sebenarnya. Bila anda sudah dilambung cinta, biarkan diri anda ‘jatuh’. Pasangan anda itu tidak akan melihat kelembutan itu sebagai satu kelemahan.

UNGU-Anda menginginkan segalanya. Jiak anda sukakan seseorang, anda akan mengejarnya tanpa ragu-ragu. Namun, anda biasanya akan berhenti mengejar jika mula berasa ragu-ragu tentang perhubungan yang bakal dijalin. Ingat lah bahawa hidup ini tidak selalu indah. Tak semua yang ada di dunia ini tersedia untuk anda. Ketidakpuasan akan menaikkan semangat untuk memperolehyang lebih baik lagi.

BIRU-Anda percaya pada pepatah, mata adalah jendela hati. Jadi anda selalu berfikiran positif tentang sesuatu, seperti mana lihat kelebihan dan kekurangan pasangan sebagai dasar sesuatu hubungan. Sikap kamu memang baik. Tapi terlalu realistic dalam bercinta boleh mengurangkan keseronokannya. Biarkan diri anda hanyut dalam gejolak asmara.

PUTIH-Pendekatan anda terhadap cinta bagai bermain catur. Setiap langkah perlu difikirkan dengan cermat. Anda hanya sanggup berkorban biala ada krisis dan anda selalu menginginkan kemenangan. Kemampuan itu memang anugerah, hingga hampir setiap pertemuan anda yang mengaturnya. Buakankah hidup yang terlalu teratur akan membosankan. Dalam soal cinta, mengapa tak membiarkan diri anda ‘berjudi’ dan membiarkan hidup itu lebih ‘hidup’?

KUNING CAIR- Anda boleh berubah setiap saat. Kadang-kadang anda boleh menjadi lembut dan boleh berubah menjadi ‘ganas. Asalkan anda fakir logic, ia mencabar dan anda akan tinggalkan common sense di belakang. Pendeknya, anda betul-betul jaguh asmara. Tapi pastikan pasangan anda bersedia supaya dia tidak bingung bila berdepan dengan anda.

HITAM-Anda kelihatan penuh misteri. Anda nampak ‘garang’ tapi sebenrnya lembut hati. Begitu juga sikap anda dalam urusan cinta. Walaupun nampak sopan santun, rupanyan anda menyimpan sifat ‘liar’ cinta itu memang tidak jelas. Namun, sudah semestinya anda memberi petunjuk tentang apa sebenarnya

Apa warna Abe yer...hehehehehe...
|

Satu Malaysia::

Salah Faham...Bukan Lucah!!

Alkisah.................

Kisah ni diceritakan oleh kawan aku. Mamat ni asal Kelantan. Mmg pure
kelantan. Satu hari tu dia ceritakan macam mana first time dia dtg ke
Seremban sebab nak interview kerja dgn salah sebuah Syarikat
Pengangkutan.

Nak diceritakan disini, dalam pada masa dia mencari kat mana lokasi
pejabat
syarikat pengangkutan tu maka dia pun bertanyalah dgn sorang lelaki.

"Bley tumpey tanyo. Dimano pejabat syarikat pengangkutey?"

Lelaki tu tengok dia atas bawah, atas bawah. "Ekau biar bonar. Cakap
tu
elok-elok sikit jang"

"Betul doh kawey kecek nih. syarikat pengangkutey, pengangkutey.."

"Budak ni ado yg lobam nanti kang.." Brother tadi dah mula naik hangin
>sikit.. Memandangkan member aku tau brader tu tak berapa faham cakap
dia
maka dia pun tunjukkan alamat pejabat tu..

" Ni ha alamat dio, XXXX Transportation Sdn. Bhd....,transportation,
transportation"

"Oo... transportation.. ingat apo bondo tadi pegang kotey pegang
kotey.."

Barulah brader tadi faham.. Maka brader tu pun bagilah arahan macam
mana
nak gi ke pejabat tu. Walking distance jer tapi nak kena belok ikut
2-3
simpang jugaklah. Tapi maklumlah ibaratnya sorang cakap ayam, sorang
cakap
itik maka timbul lagi kekeliruan. Jadi member aku ni mintak tolong
brader
tu lukiskan pelan..

"Abey buleh tunjuk peley dok?"

Lagi sekali brader nogori tuh terkojut . Sekali lagi dia tengok member
aku
ni atas bawah, atas bawah.

"HESHH...! Ekau kan dah ado tu. Nak buek apo lai tunjuk den
punyo!?"Brader
tu start bengang dah.

Maka member aku ni pun terkial-kial lah keluarkan pen dgn kertas
sambil
mintak brader tu lukiskan..

"Lukih lukih peley nok gi ke sano.."

"Oooo.. mintak tunjuk lukis polan ingat nak mintak tunjuk apo
tadi...hishh
kau ni jang...." Maka brader tu pun tolonglah lukiskan pelan.

Walaupun berlaku beberapa salah faham tapi diatas keikhlasan brader tu
maka
member aku pun akhirnya sampai ke pejebat yg ditujunya tu dan hasilnya
dia
diterima bekerja dgn syarikat tersebut.

p/s: joke jer..takder kena mengena ngan yg idup atau yg dah mati

|

Satu Malaysia::

cis...sial punya KAFIR!!

inilah dia gambaran org kafir untuk memperlekehkan Islam..sujud kita kepada Allah SWT telah dipermainkan sedemikian rupa...



Abe tidak redha!
|

Satu Malaysia:: Monday, June 14, 2004

Satria Carbiolet..

Abe agak tertarik ngan Proton Satria Generasi Baru nih..ini merupakan kereta yang menggabungkan teknologi PROTON dan LOTUS!!



Nanti abe beli sebuah kareta cam nih..hehehe
|

Satu Malaysia:: Tuesday, June 08, 2004

Bakar Al-Quran

Pergaduhan Hindu dan Muslim membawa kepada penghinaan keatas Agama Islam..Penganut Hindu telah membakar Al Quran demi menunjukkan rasa bencinya kepada umat Islam di India. Umat Islam telah ditindas dan diperlakukan seperti umat yang tidak bermaruah!!


Abe marah dengan tragedi ini!!
|

Satu Malaysia:: Saturday, June 05, 2004

Tragis dan Sadis

Apakah dosa anak ini?
Di mana perikemanusiaan dan naluri seorang ibu...
Adakah ini natijah dari modenisasi dan kemajuan!!





Abe sedih mengenang anak yang tidak berdosa ini menjadi mangsa manusia berhati binatang
|

Satu Malaysia::

LAKNATULLAH...MANUSIA PALING HINA

Lawatilah web ini dan dengar rakaman yang diberikan:
http://www.gnwidegroup.com/hasnah/hasnah.htm

Anda akan mendengar pengakuan jelik,keji,sial,laknat dan bahlul seorang wanita yang telah murtad dan menjadikan Islam bahan jenaka dan penghinaan. Inilah makhluk paling hina di sisi ALLAH

Abe rasa sedih dan bengang dgn pompuan dalam website tuh. Perempuan sial!!
|

Satu Malaysia::

Ayam Glamor

Ayam serama/khatib merupakan sejenis ayam yang mempunyai keunikkan dan kecantikan tersendiri. Kecantikkannya menjadikan ayam ini terletak pada kelas tertinggi dalam majlis ayam sedunia..hehehheh..walaupun kecikk..harganya mampu mencecah puluhan ribu ringgit..
Pertandingan ayam serama/khatib amat popular di negeri utara dan pantai timur terutama Kelantan. Siap ada lagu ayam serama lagik!!






Harag ayam serama mencecah puluhan ribu ringgit, hantaran mas kahwin pun tak semahal itu..hheheheh!! Dasat..Dasat!!
|

Satu Malaysia:: Friday, June 04, 2004

NAMA-NAMA HANTU...chaiyoo!!

ABE JUMPA KAT DALAM INTERNET..NAK KONGSI NGAN PELAYAN WEB ABE!!

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu.

Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya.......kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya di syaki di balai - balai raya.

2.Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang.....kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak...Lekatlah nama pontianak.

6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari.....Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu.....diapun mengilai semahunya.

7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita...kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!
|

Satu Malaysia::

Awet Mayat Demi Cinta

ABE RASA KIJO GILO DAN MELANGGAR HUKUM ALAM!!

KASIH sayang yang melampau menyebabkan seorang suami di Arizona, Amerika Syarikat, tidak sanggup berpisah dengan isterinya yang sudah meninggal dunia.



Jeff Green, 32, sanggup mengawetkan mayat isterinya dan disimpan dalam bekas kaca yang dijadikan meja dan diletakkan di ruang tamu rumahnya.

Dia mendakwa tindakan itu dilakukan kerana terlalu sedih dengan kematian isterinya.

“Saya membawa mayatnya pulang kerana kematiannya benar-benar menyedihkan saya,” katanya.

Lucy, 29, dikatakan mati kerana masalah jantung yang dialaminya sejak kecil dan sebelum mati, sempat berpesan:” Kita akan berjumpa lagi di syurga.”

Kata-kata itulah yang menyebabkan kesedihan Jeff bertambah parah, lantas membuat keputusan tidak mahu membenarkan Lucy meninggalkannya.

“Saya berbincang dengan pegawai pusat pengurusan perkuburan dan menerangkan perasaan saya. Saya juga berjaya mendapat kebenaran khas pihak berkuasa untuk membawa mayat Lucy pulang ke rumah.

“Lebih baik dia berada di rumah daripada berada kira-kira dua meter dalam perut bumi,” katanya.

Jeff percaya isterinya pasti tidak peduli ditempatkan dalam peti kaca yang dijadikan meja kerana Lucy ketika hayatnya suka berjenaka.

Untuk menjadikan impiannya kenyataan, Jeff menempah peti kaca istimewa kedap udara yang dikatakan boleh mengelakkan mayat reput.

“Peti kaca itu bernilai AS$6,000 (RM22,800) tetapi ia memang berbaloi,” katanya.

Tindakan Jeff yang pelik dan tidak masuk akal itu menyebabkan rakan dan saudara maranya takut dan tidak lagi mengunjungi rumahnya.

Bagaimanapun, masih ada rakannya yang menghormati keputusannya dan terus berkunjung, malah menganggap mayat di bawah meja itu sebagai menarik.

Kisah ini dimuatkan dalam laman web Snope.Com cerita mengenainya tidak diterima sepenuhnya masyarakat. Dalam laman web sama, tindakan Jeff dipertikaikan kebenarannya.

Ini kerana setiap negeri di Amerika Syarikat mempunyai undang-undang berkaitan cara pengendalian mayat.

Tidak kira sedalam mana simpati pusat pengurusan perkuburan dan kebenaran pihak berkuasa, seorang suami tidak dibenarkan membawa pulang mayat isterinya.

Malah penggunaan peti kaca itu dipertikaikan dari segi kemampuan memastikan mayat tahan reput.

Ulasan dalam laman web itu menyatakan bukan peti kaca yang menjadikan Lucy tidak reput, tetapi mayatnya mungkin diawet dengan teknik mumia canggih.

Proses mengawet yang mengambil masa antara satu hingga tiga hari dan jika dilakukan dengan baik dikatakan mampu mengekalkan mayat hingga dua tahun.

Itu pun dengan syarat mayat itu diperiksa secara berterusan seperti yang digunakan terhadap pemimpin Komunis, Lenin, yang setiap dua minggu, mayatnya diperiksa dan dirawat dengan bahan awetan.

Hanya Jeff yang mengetahui jawapan sebenarnya, tetapi tindakannya nyata menggambarkan betapa ‘berpenyakitnya’ masyarakat Barat.

Agama dan undang-undang bukan lagi halangan, yang penting apa yang dihajati tercapai.

|

Satu Malaysia:: Thursday, June 03, 2004

7 Langkah 'Cakaran harimau' dan 'Labah-Labah' ...

Oleh Ustazah NorBahyah



"Langkah pertama dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

Langkah kedua pula, kata beliau, ialah mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti langkah ketiga dengan membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat.

``Langkah keempat dan kelima merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.

``Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang,'' jelasnya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Nor Bahyah yang semakin popular dalam program agama di televisyen menambah, langkah keenam ialah dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

``Langkah ketujuh sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

``Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu' atau dalam bahasa Hindi `me tum fe Piar kar pi hu,'' katanya.

Beliau yang mendapat pendidikan di Maktab Mahmood di Alor Setar, Kedah dan seterusnya melanjutkan pengajian agama di Universiti Al Azhar, Mesir, berkata, apa yang menarik tip itu bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri tetapi juga oleh suami jika mereka mahu disayangi oleh isteri masing-masing.

Menurutnya lagi, kalau boleh urutan itu dilakukan ketika pasangan terbabit sedang berehat, agar dapat mengembalikan keharmonian rumah tangga setelah masing-masing penat bekerja.

Beliau turut mengingatkan ketika melakukan urutan itu jangan sekali-kali menggunakan minyak angin tetapi sebaliknya menggunakan minyak aroma terapi.

Kata Nor Bahyah, minyak aroma terapi boleh membangkitkan suasana harmoni serta boleh meredakan ketegangan serta memberi ketenangan jiwa kepada suami atau isteri.

Nor Bahyah berkata, beliau rasa terpanggil untuk menyampaikan petua ini sebab ramai yang tidak mengambil berat tentang kaedah sentuhan tersebut sedangkan dalam al-Quran Allah ada menyebut `gauli isteri kamu dengan cara yang terbaik'.

``Ini bermakna sentuhan dan belaian manja dan kasih sayang ternyata mampu merapatkan hubungan suami isteri kerana `a'syir,' (bergaul) di dalam ayat tersebut bermakna bersentuh-sentuhan. Jadi kaedah urutan dan sentuhan seumpama itu amat baik untuk diamalkan,'' ujarnya.

Tambah Nor Bahyah, cuba bayangkan jika anak menangis diusap dan dibelai maka tangisan itu ia akan terhenti serta merta, apatah lagi pasangan suami isteri.

``Urutan ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri sebaliknya oleh suami sebagai menghargai pengorbanan isteri dan dengan itu terbentuklah slogan `rumahku syurgaku,' kerana masing-masing mendapat layanan terbaik,'' katanya.

Kata Nor Bahyah, Nabi Muhammad ada bersabda `mana-mana isteri yang mengurut suaminya tanpa di suruh, maka isteri itu akan mendapat pahala tujuh ketul emas di syurga.

``Manakala mana-mana isteri yang mengurut setelah disuruh oleh suaminya terlebih dahulu maka isteri tersebut akan mendapat pahala tujuh ketul perak di akhirat kelak,'' tambahnya

KEPADA SEMUA ISTERI DAN BAKAL ISTERI, ABE SYORKAN AGAR MEMPRAKTIKKANYA!!
|

Satu Malaysia:: Wednesday, June 02, 2004

ALIEN...Makhluk Asing..

Jangan Salah Sangka!! Muka tak tak ensem di bukan muka aku tau..Ini ialah antara gambaran makhluk asing yang banyak diperkatakan oleh saintis di seluruh dunia. Makhluk asing dikata penghuni planet dan galaksi lain...ye ker? Hanya Tuhan Yang Lebih Tahu..




Tak ensem langsung diorang nih!!


|

Satu Malaysia:: Tuesday, June 01, 2004

HAHAHAH...SERAM LAGI!!!

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...
Awas..semasa anda berada dan tidur di hospital..mungkin dibawah katil anda ada makhluk yang sedang menemani anda...errmm

Jangan biarkan pintu rumah anda tidak berkunci...mungkin situasi ini menjemput makhluk yang tidak di ingini...ermmm


Keseronokkan bermandi-manda barangkali ada sesuatu yang sedang memerhati dan menemani kita...ermm


Abe tidak akan bertanggungjawab jika berlaku perkara yang tidak diingini hasil dari nukilan abe..
|

Satu Malaysia::

Lembaga Gua Hira'...Aumm


Lembaga yang di katakan hantu gua Hira.
Pada mulanya gambar ini di ambil oleh seorang jemaah haji , yang sedang mengambil gambar gambar gua Hira,
pada mulanya tiada apa-apa yang muncul cuma kosong, akan tetapi apabila gambar tersebut di cuci
lembaga seperti di atas muncul dengan tidak di sangka. Dan jika di perhatikan batu yang di sebelah kanan, betul-betul seperti berbentuk muka.Ini menunjukan bahawa, Allah Taala memang menjadikan makhluk berbagai-bagai, ada Manusia, ada Jin ada binatang dan berbagai-bagai lagi. Sesunggohnya, yang penting bagi kita sebagai manusia mesti lah wajib beriman kepada Allah S.W.T kerana bagi Allah tidak ada yang mustahil bahkan ia nya adalah harus bagi Allah Taala."Allah Hu Akhbar".
|

Satu Malaysia::

Hantu...waaaaaaaa

Hantu dalam blog abe...jangan takutt!!

Abe nak publishkan fenomena hantu yang semakin menjadi-jadi skang nih..gambar yang kat atas tu bukan pontianak sundal yang dok heboh skang nih!! tapi gambar yang telah diedit..ahaks...hantu tu abe nak namakan: PONTIANAK BUSUK SUNDAL SIANG MALAM..kekekekek

|

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com