.:DIMENSI KEHIDUPAN:.
Perspektif Satu Malaysia
Satu Malaysia:: Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Kembali


Ramadhan Bulan Penuh Barakah..Satu Malaysia memulakan ibadat puasa hari ini...Semoga dibulan berkat ini, segala pergolakan dan musibah Allah kita hayati. Ancaman terbesar kita hari ini ialah H1N1...ayuh kita berdoa di bulan Ramadhan penghulu segala bulan agar
ALLAH menyelamatkan kita dari wabak ini...

|

Satu Malaysia:: Friday, August 21, 2009

Anugerah Merdeka 2009



Ulangtahun kemerdekaan semakin hampir..Satu Malaysia akan meraikannya....satu anugerah yang diangkat sebagai anugerah terulung di Malaysia mengatasi Anugerah Bintang Popular, Anugerah Juara Lagu dan sekapalnya dengannya, ialah Anugerah Merdeka yang diberikan kepada insan yang telah byk menyumbangkan jasa dan ilmu utk Negaraku Malaysia..

Sempena Hari Merdeka 2009, 4 nama pemenang Anugerah Merdeka:

1.Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Datuk Dr. Zaini Ujang bagi Pencapaian Ulung Akademik

Pencapaian Ulung Akademik berikutan sumbangannya dalam pelbagai inisiatif alam sekitar berkaitan bekalan air, kumbahan, pemuliharaan sungai dan ekologi industri.

2.Pensyarah Jabatan Kimia UTM, Profesor Dr. Halimaton Hamdan, 53, turut menerima Anugerah Merdeka kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi.

Ia mengiktiraf kejayaan Halimaton menghasilkan ‘Maerogel’ iaitu sejenis ‘aerogel’ daripada sekam padi sekali gus mengurangkan 80 peratus kos penghasilannya.

3 dan 4. Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti pula dimenangi secara bersama oleh dua tokoh wanita iaitu Tun Fatimah Hashim dan Datuk Lim Phaik Ghan.

Fatimah, 85, merupakan wanita pertama dilantik sebagai Menteri Kabinet dan tokoh pejuang hak wanita.

Mereka semua sepatutnya dan layak dihargai diatas sumbangan kepada negara tetapi abe masih lagi menunggu seorang pejuang yang boleh memerdekakan negara dari rasuah, salahgunakuasa, penyelewangan, sekularisme, rasisme dan chauvistme...beliau akan menjadi penerima Anugerah Merdeka sepanjang hayat...Merdeka Merdeka Merdeka! Siapakah dia?


|

Satu Malaysia:: Thursday, August 20, 2009

BN: Masih Belum Belajar...

Malaysia sekali lagi berhadapan dengan pilihanraya...sekarang ini rakyat malaysia di momokkan dgn pelbagai agenda politik sempena pilihanraya kecik Permatang Pasir..

Sekarang ini isu yang paling 'hot' untuk direnungi ialah berkenaan dgn calon BN yang menghadapi masalah integriti...masalah kepercayaan dan keikhlasan...seorang yng pecah amanah dan dilucutkan dari badan profesional (Majlis Peguam) telah ditabalkan sebagai calon BN..

Persoalannya? adakah BN masih belum insaf..UMNO masih belum belajar dari sejarah pilihanraya lepas..atau adakah sudah tiada calon berkaliber dalam saf UMNO....

Sedih gak mengenangkan UMNO setelah 52 tahun merdeka...

Gagasan satu Malaysia akan menjadi slogan indah jika pemerintah masih mengamalkan politik sampah..
|

Satu Malaysia:: Monday, August 17, 2009

Lagu: Satu Malaysia




Berdiri teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus:
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus (4x)

Satu Malaysia untuk semua

Sebuah lagu yang mempunyai senikata dan muzik yang bersemangat...sebuah lagu patriotik yang baik...mungkin kena alih bahasa tamil, mandarin, arab, siam, org asli, dayak, kadazan dll...namapun satu malaysia....
|

Satu Malaysia:: Saturday, August 15, 2009

Konsep Satu Malaysia


Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

Ini adalah petikan dan definisi konsep satu Malaysia yang telah digagaskan oleh PM Malaysia DS Najib. Secara teori nya...bila kita merujuk konsep satu Malaysia, mmg menarik dan hebat..tetapi persoalannya adakah gagasan akan hanya menjadi retorik politik seperti nasib yang menimpa "Islam Hadhari" yang telah tamat riwayatnya selepas pilihan raya yang lepas....

Konsep Satu Malaysia masih menjadi tanda tanya adakah ianya sebagai pelengkapan RukunNegara dan Perlembagaan Malaysia yng menjamin hak dan perpaduan setiap kaum di Malaysia...apakah rakyat boleh memahami dan menghayati konsep ini...

Adakah jaminan satu Malaysia akan menjaga hak bumiputra dan org melayu?

Adakah satu Malaysia tidak meminggirkan majoriti bumiputra yang masih dalam kemiskinan?

atau sekadar meraih populariti utk pilihanraya akan datang?



|

Satu Malaysia::

2 tahun berlalu....

2 tahun berlalu..blog ini sepi tanpa coretan.....tanpa tinta dan informasi..untuk dikongsi dalam pelbagai dimensi kehidupan...blog yang sepatutnya berkongsi pelbagai ceritera kehidupan manusia...aku akan cuba kuatkan semangat..menghidupkannya!
|

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com