Baca dan amik pedoman......
Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian
ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.
Bapa
saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan
diSabah.
Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula
memasuki sekolah menengah saya sudah mula membuat kerja-kerja untuk
meramaikan lagi penganut Kristian. Oleh kerana waktu itu Sabah dipimpin
oleh
PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan
penuh
dari kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya
program
khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai
sekitar
RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami
ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai
masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami
hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dsb.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali
kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi
kami
mengkristiankan remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek.
Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan.
Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.
Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama
Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini
setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya
belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama
Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan
ajaran
Kristian.
Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan
oleh
orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya
bersemuka
dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "Cikgu saya ada
beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya
kerumah
Cikgu ?..."
Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
Saya
katakan : "Cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama
Islam,
agama Cikgu dan bukan atas nama Kristian, agama saya". saya kemukakan
beberapa persoalan, antaranya;-
1. Mengapa orang Islam sembahyang mengadap kaabah?
2. Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan
Islam
adalah agama langit.
3. Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Imam Mahadi
membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
4. Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
5. Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan
kawan-kawan
dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya
dibebani
dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
1. Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain?
2. Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
3. Konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,
kawan-kawan
bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa Ustaz itu kerumah saya
dan
bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak
mampu
menjawab persoalan yang dibawa oleh Ustaz itu. Sebaik Ustaz itu pulang,
bapa
saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping
mengulangkaji
saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan
Ustaz
itu, saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah
hitam
membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi.
Dan
seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah
hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya
meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin
tenggelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya
meronta-ronta,
saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi
saya
dan berkata, " Mengapa Johanis.... awak mengigau?...."
Saya pegang tangan Ustaz itu, saya katakan, "Cikgu Islamkan
saya.........".
Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu.
Tidak
lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya
lihat
pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.
Sebaik
melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu
senapang
ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup
keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga
saya.
Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya
dibawa
oleh ustaz pulang ke Semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di
Sabah.
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan
saya
Nazri, vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti
kumpulan
Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran
lagu
koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..
6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah
saya
mendapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan
Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan,
Melaka
dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana
ramai
pendakwah-pendakwah ini nak berdakwahpun. Merungut duit over time. Saya
rasa
tiada keikhlasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin
membilas
dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang.. kini saya mahu berjuang
untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di
PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya
katakan
jangan bencikan saya. Saya sayang ayah, emak dan adik beradik saya.
Ayah dan
emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku
yang
sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya
hantar
surat dan buku-buku. Saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik
beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar
saya
mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan
menangis.
Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu
murah....
saya terus menangis... saya pejamkan mata... saya bayangkan ayah
dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis
bersama........ Ya
Allah betapa agungnya kekuasaanMu....
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah
saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya
pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita
berpecah kerana kita meninggalkan Al-Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil
sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contoh
pelaksanaan
hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang
pelaksanaanya.
Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat
Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti
tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu...
Islampun
baru setahun jagung....."
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah,
saya
tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu
Islam.
Kerana itu saya ajak menghayati Islam.
Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog
tentang
Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak
perlukan
wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat
Islam.
Apa tauliah awak, mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa
benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak
Kristian
kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri
menyulitkan
saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah
di
IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura nak belajar
Islam....
jatuh cinta... lalu dimurtadkan... Ada yang pura-pura masuk Islam....
dan
dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di
Universiti
Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja
ini
antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.
Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatician City. Dijampi oleh paderi
termasuk
Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum,
cari
air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin
1x, 3 qul 1x dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian
buat
mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan.
InsyaAllah.....
Perjalanan saya masih jauh. Doakanlah agar dapat saya menegakkan syiar
Islam
yang sebenar seluas-luasnya. Amin.....
ABE HARAP ISLAM AKAN MENJADI AGAMA TERAGUNG DI MUKA BUMI
|