.:DIMENSI KEHIDUPAN:.
Perspektif Satu Malaysia
Satu Malaysia:: Friday, June 04, 2004

Awet Mayat Demi Cinta

ABE RASA KIJO GILO DAN MELANGGAR HUKUM ALAM!!

KASIH sayang yang melampau menyebabkan seorang suami di Arizona, Amerika Syarikat, tidak sanggup berpisah dengan isterinya yang sudah meninggal dunia.



Jeff Green, 32, sanggup mengawetkan mayat isterinya dan disimpan dalam bekas kaca yang dijadikan meja dan diletakkan di ruang tamu rumahnya.

Dia mendakwa tindakan itu dilakukan kerana terlalu sedih dengan kematian isterinya.

“Saya membawa mayatnya pulang kerana kematiannya benar-benar menyedihkan saya,” katanya.

Lucy, 29, dikatakan mati kerana masalah jantung yang dialaminya sejak kecil dan sebelum mati, sempat berpesan:” Kita akan berjumpa lagi di syurga.”

Kata-kata itulah yang menyebabkan kesedihan Jeff bertambah parah, lantas membuat keputusan tidak mahu membenarkan Lucy meninggalkannya.

“Saya berbincang dengan pegawai pusat pengurusan perkuburan dan menerangkan perasaan saya. Saya juga berjaya mendapat kebenaran khas pihak berkuasa untuk membawa mayat Lucy pulang ke rumah.

“Lebih baik dia berada di rumah daripada berada kira-kira dua meter dalam perut bumi,” katanya.

Jeff percaya isterinya pasti tidak peduli ditempatkan dalam peti kaca yang dijadikan meja kerana Lucy ketika hayatnya suka berjenaka.

Untuk menjadikan impiannya kenyataan, Jeff menempah peti kaca istimewa kedap udara yang dikatakan boleh mengelakkan mayat reput.

“Peti kaca itu bernilai AS$6,000 (RM22,800) tetapi ia memang berbaloi,” katanya.

Tindakan Jeff yang pelik dan tidak masuk akal itu menyebabkan rakan dan saudara maranya takut dan tidak lagi mengunjungi rumahnya.

Bagaimanapun, masih ada rakannya yang menghormati keputusannya dan terus berkunjung, malah menganggap mayat di bawah meja itu sebagai menarik.

Kisah ini dimuatkan dalam laman web Snope.Com cerita mengenainya tidak diterima sepenuhnya masyarakat. Dalam laman web sama, tindakan Jeff dipertikaikan kebenarannya.

Ini kerana setiap negeri di Amerika Syarikat mempunyai undang-undang berkaitan cara pengendalian mayat.

Tidak kira sedalam mana simpati pusat pengurusan perkuburan dan kebenaran pihak berkuasa, seorang suami tidak dibenarkan membawa pulang mayat isterinya.

Malah penggunaan peti kaca itu dipertikaikan dari segi kemampuan memastikan mayat tahan reput.

Ulasan dalam laman web itu menyatakan bukan peti kaca yang menjadikan Lucy tidak reput, tetapi mayatnya mungkin diawet dengan teknik mumia canggih.

Proses mengawet yang mengambil masa antara satu hingga tiga hari dan jika dilakukan dengan baik dikatakan mampu mengekalkan mayat hingga dua tahun.

Itu pun dengan syarat mayat itu diperiksa secara berterusan seperti yang digunakan terhadap pemimpin Komunis, Lenin, yang setiap dua minggu, mayatnya diperiksa dan dirawat dengan bahan awetan.

Hanya Jeff yang mengetahui jawapan sebenarnya, tetapi tindakannya nyata menggambarkan betapa ‘berpenyakitnya’ masyarakat Barat.

Agama dan undang-undang bukan lagi halangan, yang penting apa yang dihajati tercapai.

|

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com